Monday, August 31, 2015
Thursday, August 6, 2015
Vapor's Lodge Visit
Dua minggu dalam bulan Syawal 2015, kami berpeluang berkunjung ke Vapor's Lodge. Store yang menjual segala macam produk mengenai vapor. Store ini terletak di Shah Alam, berhampiran dengan MSU dan Les Copaque Office. 
Logo? Hehe. Sangat kreatif dengan hanya menggunakan marker di white board.
Tester untuk pengunjung. Terdapat pelbagai pilihan mengikut citarasa kalian.
Semasa kunjungan kami, kami diberitahu bahawa stok kebanyakkannya masih belum tiba memandang selepas menyambut Syawal. Tuan kedai masih menunggu kemasukkan stok yang lain².
Antara accessories lain yang terdapat disini.
T-shirt dan Raglan turut dijual. Ketika kami melawat, kami dimaklumkan bahawa jika kalian beli sebarang produk melebihi RM200 ke atas, kalian akan mendapat t-shirt atau raglan ini secara percuma.
Kaunter jual beli. Mereka turut menyediakan perkhidmatan Recoiling.
Secara overall, kedai ini agak luas. Boleh diletakkan pelbagai stok lagi. Banyak lagi ruang kosong yang boleh diletakkan pelbagai benda, misalnya perabot (sofa atau kerusi bar), hiasan dinding untuk menaikkan mood, dan pencahayaan lampu di kaunter dan logo. Memandangkan kedai ini baru beroperasi, mungkin tuan kedai akan menambah hiasan deco dan barangan lain dari semasa ke semasa. 
Apa pun tahniah kami ucapkan kerana berjaya membuka sebuah kedai. Semoga perniagaan kalian tetap terus maju. 
Bagi yang ingin berkunjung, 
Address: 3-1F, Jalan Boling Padang H 13H, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor.
Subscribe to:
Comments (Atom)







