Wednesday, July 22, 2015
Thursday, July 9, 2015
P-Gadget Markas Tour
Seminggu sebelum tiba bulan Ramadan 2015, aku dan isteri sempat berkunjung ke pejabat urusan P-Gadget. Kami gelar Markas P-Gadget. Disini tempat beroperasinya printing casing phone, showroom, dan urusan customize design. Aku dan isteri ditugaskan untuk membuat mural di lokasi ini. Pejabat P-Gadget ini terletak di Ipoh. 
Ruang depan setelah masuk pintu utama. Front desk yang mesra akan melayan kalian dengan penuh dedikasi untuk sebarang urusan mengenai jual beli casing phone.
Antara ready made casing yang boleh korang pilih. Kalau beli disini korang akan dapat free gift.
Ini adalah bilik founder P-Gadget. Bilik bos. Suasana yang begitu selesa dan awesome untuk menjalankan perniagaan.
Ini adalah mural yang aku dan isteri siapkan. Salah satu scene dari "Pendekar Bujang Lapok". Filem kegemaran kami semua. Dah lama juga tak bikin mural. Last rasanya pada zaman sekolah dulu. Fun job actually. Kami ambil masa lebih kurang tiga hari untuk siapkan mural ini dengan menggunakan cat acrylic khas dibawa dari Kuala Lumpur.
Kami berterima kasih kepada P-Gadget kerana telah memberi peluang untuk kami berkarya. Terima kasih juga kerana menyediakan tempat penginapan yang selesa dan membawa kami pusing Ipoh sambil mencuba makanan yang sedap dan power. P-Gadget always support local talent & artist. Itu yang membezakan company ini dengan yang company yang lain.
Sebenarnya ruang pejabat P-Gadget ini tersangatlah luas. Kami tidak berkesempatan untuk mengambil gambar keseluruhan pejabat yang awesome ini. Antara lain, ada ruang chill (tempat hisap rokok), ruang solat, dan bilik operasi printing. Insya'Allah next kami datang lagi, kami cover secara total.
Alamat: No.86E-1, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Official Website: www.pgadget.com.my
Subscribe to:
Comments (Atom)





