p-gadget ad

Saturday, October 3, 2015

Disqualified - Prove 'Em Wrong

Disqualified, the team of illustration & graphic artist. Based in Malaysia, they decided to branding their self as a Disqualified because nowadays artist always have been claimed they have no future, especially when it comes to career. To prove them wrong is the main objective of the team. The team consist of two artist currently with their own individual skills. More importantly, they have similar interest & same ideas about art. They will recruit more artist in the future to join this team.

Work as a team to go further. Sharing knowledge, brainstorming ideas, and implementing the skills in every project. Collaborate to make an impact to social community. They just do what they passionate about, art. Art gave them freedom expression & a way to get through everyday struggles.

Will update later about social media and stuff.



Thursday, August 6, 2015

Vapor's Lodge Visit

Dua minggu dalam bulan Syawal 2015, kami berpeluang berkunjung ke Vapor's Lodge. Store yang menjual segala macam produk mengenai vapor. Store ini terletak di Shah Alam, berhampiran dengan MSU dan Les Copaque Office


Logo? Hehe. Sangat kreatif dengan hanya menggunakan marker di white board.


Tester untuk pengunjung. Terdapat pelbagai pilihan mengikut citarasa kalian.


Semasa kunjungan kami, kami diberitahu bahawa stok kebanyakkannya masih belum tiba memandang selepas menyambut Syawal. Tuan kedai masih menunggu kemasukkan stok yang lain².


Antara accessories lain yang terdapat disini.


T-shirt dan Raglan turut dijual. Ketika kami melawat, kami dimaklumkan bahawa jika kalian beli sebarang produk melebihi RM200 ke atas, kalian akan mendapat t-shirt atau raglan ini secara percuma.



Kaunter jual beli. Mereka turut menyediakan perkhidmatan Recoiling.

Secara overall, kedai ini agak luas. Boleh diletakkan pelbagai stok lagi. Banyak lagi ruang kosong yang boleh diletakkan pelbagai benda, misalnya perabot (sofa atau kerusi bar), hiasan dinding untuk menaikkan mood, dan pencahayaan lampu di kaunter dan logo. Memandangkan kedai ini baru beroperasi, mungkin tuan kedai akan menambah hiasan deco dan barangan lain dari semasa ke semasa. 

Apa pun tahniah kami ucapkan kerana berjaya membuka sebuah kedai. Semoga perniagaan kalian tetap terus maju. 

Bagi yang ingin berkunjung, 

Address: 3-1F, Jalan Boling Padang H 13H, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor.

Thursday, July 9, 2015

P-Gadget Markas Tour

Seminggu sebelum tiba bulan Ramadan 2015, aku dan isteri sempat berkunjung ke pejabat urusan P-Gadget. Kami gelar Markas P-Gadget. Disini tempat beroperasinya printing casing phone, showroom, dan urusan customize design. Aku dan isteri ditugaskan untuk membuat mural di lokasi ini. Pejabat P-Gadget ini terletak di Ipoh

Ruang depan setelah masuk pintu utama. Front desk yang mesra akan melayan kalian dengan penuh dedikasi untuk sebarang urusan mengenai jual beli casing phone.


Antara ready made casing yang boleh korang pilih. Kalau beli disini korang akan dapat free gift.

Ini adalah bilik founder P-Gadget. Bilik bos. Suasana yang begitu selesa dan awesome untuk menjalankan perniagaan.

Ini adalah mural yang aku dan isteri siapkan. Salah satu scene dari "Pendekar Bujang Lapok". Filem kegemaran kami semua. Dah lama juga tak bikin mural. Last rasanya pada zaman sekolah dulu. Fun job actually. Kami ambil masa lebih kurang tiga hari untuk siapkan mural ini dengan menggunakan cat acrylic khas dibawa dari Kuala Lumpur.

Kami berterima kasih kepada P-Gadget kerana telah memberi peluang untuk kami berkarya. Terima kasih juga kerana menyediakan tempat penginapan yang selesa dan membawa kami pusing Ipoh sambil mencuba makanan yang sedap dan power. P-Gadget always support local talent & artist. Itu yang membezakan company ini dengan yang company yang lain.

Sebenarnya ruang pejabat P-Gadget ini tersangatlah luas. Kami tidak berkesempatan untuk mengambil gambar keseluruhan pejabat yang awesome ini. Antara lain, ada ruang chill (tempat hisap rokok), ruang solat, dan bilik operasi printing. Insya'Allah next kami datang lagi, kami cover secara total.

Alamat: No.86E-1, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Official Website: www.pgadget.com.my


Thursday, May 28, 2015

Steven Gerrard Captain Fantastic.




Tribute to Steven Gerrard. Top lad. Thanks for the memories. You can purchased this design on custom casing at http://pgadget.com.my/lokalbrand/artillery26.html

You'll Never Walk Alone.